Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kastam Sabah rampas dadah bernilai lebih RM600,000

    KOTA KINABALU, 5 OGOS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah merampas 20,393 gram dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM600,000 yang cuba diseludup melalui pesawat penumpang, 30 Julai lepas.

    Penolong Ketua Pengarah berkenaan, Siti Mang berkata rampasan itu dibuat di Lapangan Terbang Tawau pada 12:30 tengah hari dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 1 tengah hari.

    Beliau berkata pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan disyaki keldai dadah berumur 18 dan 29 tahun.

    “Modus operandi kes ini adalah menggunakan bungkusan plastik berwarna hijau jenama Guanyinwang yang diseludup masuk melalui kapal terbang penumpang bagi mengelirukan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda