Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan Turkiye berjaya dikawal

    TURKIYE, 19 OGOS – Kebakaran yang telah memusnahkan hutan di sekitar bandar ketiga paling ramai penduduk di Turkiye, Izmir sejak empat hari lalu, sebahagian besarnya berjaya dikawal, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Menteri Pertanian dan Perhutanan, Ibrahim Yumakli berkata usaha untuk memadamkan kawasan titik panas masih diteruskan tetapi api kini sebahagian besarnya berjaya dikawal di satu tempat.

    “Tiada risiko yang timbul di kawasan yang menghadap ke bandar. Anggota bomba telah membendung api di sebuah lembah. Alhamdulillah, kebakaran di kawasan Yamanlar di Izmir kini terkawal,” beritahu Yumakli kepada pemberita.

    Antara kebakaran baharu yang meletus pada Sabtu di wilayah Izmir, satu daripada kebakaran yang mengancam pusat peranginan tepi laut Cesme juga berjaya dikawal tanpa sebarang kecederaan, disebabkan sebahagiannya oleh pemindahan penduduk yang cepat, kata menteri itu.

    Api terus membakar lembah curam di sebuah daerah terletak kira-kira 20 kilometer di selatan Izmir, tetapi pada kadar yang lebih perlahan, tambah Yumakli.

    Sekurang-kurangnya 43 bangunan rosak di Izmir, manakala 26 orang dimasukkan ke hospital akibat kecederaan berkaitan kebakaran itu, menurut Menteri Perancangan Bandar, Murat Kurum.

    Haiwan liar, kucing dan anjing mati dalam kebakaran tersebut tetapi tiada mangsa manusia yang dilaporkan setakat ini.

    Kebakaran bermula pada Khamis dan merebak cepat ke kawasan rumah. – AFP

    Seorang penduduk tempatan melihat kerosakan di sebuah kandang yang musnah dalam kebakaran hutan di perkampungan Sancakli, wilayah Izmir, barat Turkiye pada 18 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda