Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keenakan daging kari bersantan

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Daging masak kari bersantan merupakan satu hidangan tradisional yang popular dalam masakan Asia Selatan dan juga di Asia Tenggara.

    Hidangan ini menggunakan daging yang biasanya daging lembu atau daging kambing yang dimasak menggunakan rempah kari dan pelbagai herba yang menghasilkan rasa yang kompleks dan beraroma.

    Ia juga salah satu juadah yang dihidangkan semasa majlis kenduri-kendara namun hanya sebilangan restoran sahaja yang meletakkannnya di dalam senarai menu mereka.

    Selain enak dimakan bersama nasi panas, ia juga sedap dijadikan pencicah bagi kelupis, lepat, roti, naan atau roti canai.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak daging kari bersantan adalah seperti daging, ubi kentang, bawang besar, bawang putih, halia yang dihiris, bunga lawang, asam, santan, garam, gula, sedikit bahan perasa dan minyak untuk menumis.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    ATAS & BAWAH: Selain enak dimakan bersama nasi panas, ia juga sesuai dicacah bersama kelupis, lepat, roti, naan atau roti canai. – Freepik
    Gambar Freepik

    Manakala bahan-bahan yang digunakan untuk pesnya pula adalah seperti lima sudu besar serbuk kari daging, satu sudu besar serbuk cili, setengah cawan air dan dua sudu besar kerisik (jika suka).

    CARA PENYEDIAAN

    Cara memasaknya pula, mula-mula panaskan minyak, tumis bunga lawang, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan pes dan tumis sehingga elok naik minyak dan rempahnya menjadi garing.

    Selepas itu masukkan pula santan kotak dan biarkan mendidih serta naik minyak (bertakung di permukaan).

    Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api namun jangan letak air dan kacau sedikit.

    Setelah itu tutup kuali dan teruskan masak menggunakan api kecil (jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar).

    Setelah itu buka tudung kuali dan kacau, kemudian tutup semula, ia adalah cara supaya keadaan daging itu empuk.

    Selepas itu masak sehingga daging empuk, jika sudah bolehlah masukkan ubi kentang dan masak menggunakan api besar.

    Masukkan juga asam keping, garam, gula dan bahan perasa, Jika suka berkuah, tambah sedikit air dan biarkan mendidih.

    Setelah itu sesuaikan rasanya, jika puas hati bolehlah ditutup api, dan ia sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    • 1 kg daging (hiris nipis)
    • 5 biji ubi kentang (dipotong)
    • 2 biji bawang besar (hiris)
    • 5 ulas bawang putih (hiris)
    • 1 inci halia (hiris)
    • 3 biji bunga lawang
    • 1 1/2 asam keping
    • 1 kotak kecil santan atau 3 cawan santan segar perahan pertama
    • 1 sudu besar garam
    • 1 sudu teh gula
    • Sedikit bahan perasa
    • 4 senduk minyak untuk menumis

    Bahan-bahan pes:

    • 5 sudu besar serbuk kari daging
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1/2 cawan air
    • 2 sudu besar kerisik

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda