Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Kematian COVID-19 China menurun 80%

BEIJING, 26 JAN – Jumlah kematian harian COVID-19 di China telah menurun hampir 80 peratus sejak awal bulan, kata pihak berkuasa.

Gelombang kes virus telah melanda negara paling ramai penduduk di dunia itu sejak Beijing secara tiba-tiba menamatkan dasar sifar-COVID bulan lalu.

Angka kematian yang dilaporkan Beijing dipercayai hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah sebenar, memandangkan China mengubah definisi mengenai kematian COVID dan anggaran rasmi sebahagian besar penduduk telah dijangkiti.

CDC minggu lalu berkata hampir 13,000 orang telah meninggal dunia akibat penyakit berkaitan COVID antara 13 dan 19 Januari, menambah pengumuman sebelumnya sekitar 60,000 orang meninggal dunia akibat virus itu di hospital dalam masa lebih sebulan. – AFP

Gambar diambil pada 23 Januari, menunjukkan orang ramai berjalan ketika sambutan Tahun Baharu Cina ketika pihak berkuasa menyatakan kadar jangkitan menurun sejak awal bulan ini. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -