Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerja pembaikan paip bocor selesai

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan menyatakan bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip bocor di Stesen Pam Air Mentah Loji Rawatan Air Layong telah selesai dilaksanakan pada kira-kira pukul 3 petang, hari ini.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini, menyatakan bahawa bekalan air akan kembali pulih namun ia memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

    Kawasan-kawasan tinggi mungkin masih akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.

    Bagi rumah yang memiliki penapis air disarankan untuk mengeluarkan air (flushing) di penapis persendirian.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai bekalan air atau ingin membuat permohonan pembekalan lori tangki air, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda