PASANGAN gandingan bersama dalam drama bersiri Game Of Throne (GOT), Kit Harrington dan Rose Leslie dikhabarkan sudah bertunang pada minggu lalu dipetik dari laporan E News!
Walaupun drama tersebut mendapat perhatian seluruh dunia, namun pasangan tersebut tenyata bijak menyembunyikan kisah percintaan mereka dari mata umum.
Harrington dan Leslie mula menarik perhatian ramai apabila menjadi pasangan bercinta, Jon Snow dan Ygritte di dalam GOT seterusnya membawa kepada khabar angin kepada percintaan luar skrin namun mereka berpisah pada tahun 2012.
Bagaimanapun, mereka berdua dilihat bersama-sama di Lapangan Terbang LAX pada Jun 2014 tetapi membiarkan peminat berteka-teki mengenai status hubungan mereka.

Hanya pada Januari 2016 barulah mereka mengesahkan hubungan tersebut pada media.
Sementara itu, Harrington dipetik dari temubual bersama majalah Esquire sebelum ini mendakwa dia sangat bahagia bersama Leslie.
“Ya, saya sangat gembira bersama dia (Leslie), itu sahaja yang saya boleh katakan sekarang,” katanya.