Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komuniti pekak Senegal mengundi menerusi bahasa isyarat

    THIES, 7 MAC – Di Senegal, Mame Massar Faye, berusia 52 tahun dari komuniti pekak yang terpencil, sering kali menghadapi kesulitan untuk mengundi sendiri.

    “Ia selalunya sukar,” jelasnya kepada AFP melalui jurubahasa bahasa isyarat, “kerana setiap kali saya terpaksa meminta bantuan”.

    “Saya bahkan tidak memahami beberapa istilah” yang berkaitan dengan proses pengundian, katanya.

    Tetapi melangkah ke luar bangunan perbandaran di pusat bandar Thies, Faye nampak gembira.

    Ketika negara Afrika Barat itu bergelut dengan krisis selepas pilihan raya presiden ditangguhkan, ramai dalam komuniti pekak sedang bersedia untuk mengundi dengan bantuan senarai baharu istilah bahasa isyarat pilihan raya.

    Senegal tidak mempunyai bahasa isyarat yang seragam, dengan komuniti menggunakan gabungan Bahasa Isyarat tempatan, Arab dan Amerika (ASL), menurut Alioune Sow, presiden persekutuan kebangsaan pertubuhan untuk orang pekak (FNOSS).

    Akibatnya, beberapa konsep yang berkaitan dengan proses pengundian tidak biasa digunakan atau difahami.

    Senarai piawaian dengan 105 istilah dalam bahasa isyarat Senegal yang terdiri daripada ‘kertas undi’ dan ‘tempat mengundi’ kepada ‘pengisytiharan sejagat hak asasi manusia’ telah dibangunkan oleh NGO International Foundation for Electoral Systems (IFES) dengan kerjasama kumpulan tempatan. – AFP

    Seorang lelaki semasa mengajar kumpulan pekak senarai baharu istilah bahasa isyarat pilihan raya dalam Thies. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda