Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Konsert 40 tahun Lefthanded berjaya pukau penonton

    Konsert Lefthanded 40 Tahun Rockestra yang berlangsung pada malam Sabtu meninggalkan rasa puas dalam kalangan peminat dengan persembahan diadakan.

    Plenary Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) juga gamat apabila pemain gitarnya, Man Kidal menunjukkan belangnya dengan aksi bertenaga pada konsert berkenaan.

    Malah aksi Man atau Abdul Rahman Mahmood ketika bermain gitar turut menjadi tular di laman sosial susulan gaya persembahannya yang luar biasa meskipun usianya sudah mencecah 60 tahun.

    Man bersama seorang lagi gitaris iaitu Ritz benar-benar melepas ‘gian’ memetik gitar mereka sehinggakan Man turut membuat aksi memijak dan membaling instrumen berkenaan di atas pentas.

    Tidak cukup itu, Man turut mengheret gitar yang dihempas ke tepi pentas membuatkan penonton tergamam dengan aksinya itu.

    Konsert Lefthanded 40 Tahun Rockestra meninggalkan rasa puas dalam kalangan peminat dengan persembahan diadakan. – Agensi

    Melihat ke ruangan komen rata-rata warganet kagum dengan aksi yang ditunjukkan Mat Kidal.

    Malah ada juga secara berseloroh meminta pemain gitar itu untuk bersabar kerana usianya yang telah lanjut.

    “Mat Kidal kena rasuk ke? Main baling gitar macam tu je.

    “Rasa nak jerit, mahal gitar itu. Mesti gitar syarikat punya.

    “Lambung tinggi-tinggi baru berkecai, cuba bawa bertenang sikit,” antara komen warganet.

    Pada konsert itu, Lefthanded yang dianggotai Datuk Nash (vokalis), Hafiz Dayak (dram), Rio Rasul (keyboard) dan Fly (bass) mempersembahkan lagu-lagu popular mereka sepanjang 40 tahun aktif dalam bidang seni.

    Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut mengetengahkan perjalanan muzik Lefthanded menerusi 20 buah lagu yang disampaikan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...