Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen negara pulang ke tanah air

    Oleh James Kon – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pasukan taekwondo telah kembali ke Negara Brunei Darussalam dan mendapat sambutan hangat selepas memenangi pingat gangsa pada Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI).

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk menyambut ketibaan kontinjen berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan pegawai dari kementerian berkenaan.

    Satu-satunya pingat gangsa dalam acara taekwondo diperoleh daripada Muhammad Abrar bin Haji Bakar dalam kategori Kyorugi Fin Weight (tidak melebihi 54kg).

    Dalam satu temu bual, atlet teakwondo negara, Muhammad Abrar mengimbas kembali perlawanan separuh akhirnya di mana dia tewas “Sebenarnya saya telah mengalami ketegangan pada buku lali saya dalam perlawanan pertama menentang lawan dari Terengganu.

    “Walaupun dengan kecederaan itu, saya terus bersaing dan berjaya menewaskan lawan seterusnya dari Selangor. Bagaimanapun kecederaan saya bertambah buruk. Dalam perlawanan separuh akhir, saya mengalami kesukaran untuk berjalan. Oleh itu, saya tidak dapat bertanding dengan sepenuh tenaga, Saya merasa bersyukur kerana dapat meraih pingat gangsa untuk Brunei.

    “Saya dapati setiap lawan mempunyai kemahiran yang berbeza jadi saya perlu merangka strategi yang berbeza untuk mengatasi setiap daripada mereka,” tambahnya.

    Pengiran Mohd Amirrizal dan Muhammad Abrar bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda