Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korda buru Kejohanan PGA Wanita

    LOS ANGELES, 19 JUN – Pemain nombor satu dunia, Nelly Korda, telah melupakan penurunan prestasinya baru-baru ini ketika dia memburu gelaran utama ketiga dalam kariernya pada Kejohanan PGA Wanita minggu ini di Washington.

    Korda tiba di Pacific Northwest selepas terlepas aksi di Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) dan LPGA Meijer Classic minggu lalu, telah mempelihatkan perbandingan prestasi awal musimnya yang cemerlang dengan enam kemenangan kejohanan dalam tujuh permulaan.

    Tetapi pemain berusia 25 tahun itu tidak mudah merasa panik malah bersedia untuk mengatasi laluan ketat Sahalee Country Club di Sammamish.

    Korda sebaliknya lebih suka menumpukan pada aspek positif perjuangannya baru-baru ini.
    “Awda boleh memikirkan perkara negatif, tetapi itu tidak akan membawa awda ke mana-mana, jadi awda perlu melihat perkara positif,” kata Korda.

    “Itulah golf. Saya akan melalui situasi ini berkali-kali di mana saya rasa bermain dengan sangat baik dan akan melalui sedikit ketenangan di mana golf adalah perkara paling sukar dalam hidup saya sekarang.

    “Dengan cara itulah yang membesarkan diri saya sebagai seorang insan yang sangat menghargai sukan ini dan membuatkan saya menghargai kemenangan dengan pukulan tinggi dan baik,” jelasnya lagi. – AFP

    Aksi Korda membuat pukulan dari tee keenam semasa pusingan kedua Meijer LPGA Classic untuk Simply Give di Blythefield Country Club pada 14 Jun 2024 di Grand Rapids, Michigan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda