Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea U terbangkan lebih banyak belon berisi sampah ke Korea S

    SEOUL, 11 OGOS – Tentera Korea Selatan berkata bahawa Korea Utara sekali lagi menerbangkan belon yang mungkin membawa sampah ke arah Selatan, menambah kempen perang psikologi yang pelik di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di antara kedua-dua negara itu.

    Ketua Turus Bersama Korea Selatan kelmarin baerkata bahawa angin boleh membawa belon ke wilayah utara ibu kota Korea Selatan, Seoul. Dewan Bandaraya Seoul dan kerajaan wilayah Gyeonggi mengeluarkan amaran teks menggesa rakyat supaya berhati-hati dengan objek yang jatuh dari langit dan melaporkan kepada tentera atau polis jika mereka melihat sebarang belon.

    Tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda.

    Korea Utara dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah menerbangkan lebih 2,000 belon yang membawa kertas buangan, sisa kain dan puntung rokok ke arah Selatan dalam apa yang disifatkannya sebagai tindakan balas terhadap aktivis awam Korea Selatan yang menerbangkan risalah propaganda anti-Pyongyang merentasi sempadan.

    Pyongyang telah lama mengutuk aktiviti sedemikian kerana ia amat sensitif terhadap sebarang kritikan luar terhadap pemerintahan autoritarian pemimpin Kim Jong Un.

    Kali terakhir Korea Utara menerbangkan belon ke arah Selatan pada 24 Julai, apabila sampah yang dibawa oleh kira-kira salah satu daripada belon tersebut jatuh di perkarangan presiden Korea Selatan, menimbulkan kebimbangan tentang kelemahan kemudahan utama Korea Selatan. Belon itu tidak mengandungi bahan berbahaya dan tiada siapa yang cedera, kata perkhidmatan keselamatan presiden Korea Selatan. – AFP

    Belon yang mungkin dihantar oleh Korea Utara, dilihat di sawah padi di Incheon, Korea Selatan pada 10 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda