Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea U uji pelancar roket baharu

    SEOUL, 28 OGOS – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyelia ujian tembakan pelancar roket berganda 240mm yang dilengkapi dengan ‘sistem panduan’ baharu, lapor media kerajaan hari ini, ketika Pyongyang terus mempertingkat senjatanya.

    Pengumuman itu dibuat kira-kira tiga bulan selepas Korea Utara berkata ia akan melengkapkan tenteranya dengan pelancar roket berganda (MRL) 240mm ‘baharu’ yang diketahui mampu menyerang Seoul.

    Negara bersenjata nuklear itu baru-baru ini memperkukuh hubungan ketenteraan dengan Moscow, dan penganalisis berkata Korea Utara mungkin menguji dan mempertingkat pengeluaran meriam dan peluru berpandu krus sebelum menghantarnya ke Rusia untuk digunakan di Ukraine.

    Amerika Syarikat dan Seoul telah menuduh Korea Utara membekalkan peluru dan peluru berpandu untuk kempen perang Rusia, dakwaan yang dikatakan Pyongyang sebagai ‘tidak masuk akal.’ Pelancar roket berganda itu, ‘yang dikemas kini secara teknikal dalam pergerakan dan keupayaan menembak berpandu, terbukti berfaedah dalam semua indeks,” kata agensi berita Pusat Korea rasmi Pyongyang hari ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda