Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuil perang Jepun dicemari grafiti lagi

    TOKYO, 19 OGOS – Sebuah kuil di Tokyo yang dilihat sebagai simbol ketenteraan lampau Jepun hari ini melaporkan kes kedua grafiti dalam tempoh tiga bulan.

    Kuil Yasukuni di Tokyo memberi penghormatan kepada 2.5 juta kebanyakan warga Jepun yang terbunuh dalam peperangan sejak akhir abad ke-19, termasuk penjenayah perang yang disabitkan kesalahan.

    Para pegawai kerap memberikan penghormatan di Yasukuni, begitu juga dengan tiga menteri kerajaan dan beberapa penggubal undang-undang lain pada ulang tahun ke-79 kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada Khamis lalu.

    Lawatan-lawatan sedemikian telah menimbulkan kemarahan beberapa negara jiran Asia dan bekas mangsa imperialismenya, terutamanya China dan Korea Selatan.

    Seorang pegawai kuil Yasukuni mengesahkan kes baharu grafiti itu kepada AFP, tanpa mengulas lanjut. – AFP

    Kain biru menutupi tiang batu yang mengandungi nama Kuil Yasukuni, selepas grafiti ditemui pada struktur itu di pintu masuk ke kuil di Tokyo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda