Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    KUPU SB bakal anjur Bengkel Kemahiran Keibubapaan Islam ke-3

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Menyedari kepentingan kemahiran keibubapaan yang sentiasa memerlukan perkembangan mengikut peredaran zaman tanpa meninggalkan asas-asas tarbawi dalam Al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Fiqh Al-Usrah akan mengadakan Bengkel Kemahiran Keibuba-paan Islam ke-3 pada 12 dan 13 Jun di Dewan Tarbiah, KUPU SB.

    Menurut KUPU SB, lapan modul akan dibincangkan termasuk ‘Memantapkan Praktikaliti Solat dalam Kalangan Keluarga’, ‘Menghayati Al-Quran dalam Kalangan Keluarga dan Anak-anak’, ‘Penghayatan Prinsip Maqasid Syariah ke Arah Pembentukan Keluarga Sejahtera’, ‘Pendidikan Aqidah, Syariah dan Akhlak dalam Keluarga’, ‘Penerapan dan Pengukuhan Aqidah dalam Kalangan Anak-anak dalam Mendepani Isu-isu Global di Era Globalisasi’, ‘Kaedah Meraih Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah’, ‘Pengamalan Nilai-nilai MIB Membina Keluarga Bahagia’, dan ‘Melestarikan Penggunaan Media Sosial Sihat Terhadap Anak-anak’.

    Bagi maklumat lanjut boleh menghubungi sekretariat bengkel di talian 8628213.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wakil rakyat India didakwa berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik

    NEW DELHI, 3 MEI - Seorang Ahli Parlimen India yang didakwa melakukan penderaan seksual dan merakam video mangsanya berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik. Prajwal...