Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan hilang selepas bot karam di Myanmar

    YANGON, 10 JULAI – Lapan orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot karam di Sungai Yangon, pusat komersial Myanmar, menurut Jabatan Bomba tempatan, hari ini.

    Bot tersebut karam selepas berlaku ‘kemalangan’ sekitar jam 8:10 pagi (waktu tempatan) di Sungai Yangon, menurut kenyataan di laman Facebook jabatan itu.

    Tiada butiran lanjut diberikan mengenai kejadian atau sama ada terdapat kapal lain yang terlibat.

    Media tempatan melaporkan bot tersebut berlanggar dengan sebuah kapal lain.

    Sembilan daripada 17 orang penumpang di atas kapal telah diselamatkan dan operasi mencari serta menyelamat sedang dijalankan bagi mencari baki lapan orang, kata jabatan bomba.

    Kejadian bot karam adalah perkara biasa di Myanmar, sebuah negara miskin dengan sistem pengangkutan yang lama dan peraturan keselamatan yang lemah.

    Kapal-kapal yang membawa penumpang di sepanjang pantai dan sungai sering kali melebihi muatan, dan kemalangan boleh mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi. Ia juga boleh mengambil masa beberapa hari untuk mencari dan mengeluarkan semua mayat.

    Pada tahun 2016, seramai 73 orang, termasuk ramai guru dan pelajar, lemas apabila kapal mereka yang sarat dengan muatan terbalik di Sungai Chindwin di tengah Myanmar. – AFP

    Pemandu bot menunggu penumpang untuk menyeberangi sungai Yangon di jeti Bagayar di Yangon, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda