Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Laporta harap Dembele kekal bersama Barca

    BARCELONA, 1 MAC – Selepas menuduh Ousmane Dembele ‘memeras ugut’ Januari lalu, Presiden Barcelona, Joan Laporta berharap pemain sayap Perancis itu akan memikirkan untuk melanjutkan kontraknya pada akhir musim.

    Kenyataan Laporta itu dilakukan selepas aksi mengagumkan pemenang Piala Dunia Perancis berusia 24 tahun itu ketika menentang Athletic Bilbao Ahad lalu.

    Kontrak Dembele tamat pada penghujung musim ini dan pada Januari lalu Barca memberi tahu pemain Perancis itu harus pergi jika dia enggan menandatanganinya.

    Pada ketika itu Laporta berkata, keenggannya menandatangani kontrak akan membuatkan dia sukar untuk bermain.

    Selepas digugurkan untuk dua perlawanan dan menghabiskan satu pertiga di bangku simpanan, Dembele akhirnya kembali ke kesebelasan utama untuk dua perlawanan terakhir liga.

    Reaksi pemain Barcelona Pedri (kanan) meraikan bersama Ousmane Dembele selepas menjaringkan gol keempat pasukannya semasa perlawanan La Liga di antara Valencia dan Barcelona di stadium Mestalla di Velancia, Sepanyol. – AP

    Pada Ahad lalu, dia menukar ejekan kepada sorakan di Camp Nou dengan menjaringkan menakjubkan, gol pertamanya dalam La Liga musim ini dan membantu dua lagi gol untuk membolehkan mereka menang 4-0 ke atas Bilbao.

    “Dembele tahu tawaran kami dan tahu kami sentiasa mahu dia kekal. Kami berharap dia akan berfikir semula pada penghujung musim,” kata Laporta.

    “Dalam bola sepak, awda tidak boleh menolak apa-apa. Lihat. Dia tidak boleh bermain dan kini dia bermain dan sentiasa bermain dengan baik. Tapi lanjutan kontraknya tidak bergantung kepada saya.

    Jurulatih Barca Xavi, memuji Dembele selepas perlawanan pada Ahad lalu namun berkata dia tidak ada kena mengena sama ada penyerang itu akan kekal atau sebaliknya.

    “Dia seorang profesional yang hebat. Mari kita memberi galakan kepadanya,” kata Xavi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...