Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lebih 200 kes cacar monyet di seluruh dunia

    STOCKHOLM, 26 MEI – Jumlah jangkitan cacar monyet di seluruh dunia meningkat kepada 219 kes di negara yang mengkategorikannya sebagai endemik, menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh agensi wabak Kesatuan Eropah (EU).

    Lebih 12 negara yang jarang merekodkan kes cacar monyet dengan kebanyakannya di Eropah, dilaporkan telah mengesan kira-kira satu kes cacar monyet, kata Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dalam nota epidemiologi yang diterbitkan semalam.

    “Ini adalah kali pertama rantaian jangkitan dilaporkan di Eropah tanpa hubungan epidemiologi yang diketahui dengan Barat atau Afrika Tengah, di mana penyakit itu adalah endemik,” katanya.

    Tambahnya, kebanyakan kes dikesan ketika ini terdiri dalam kalangan lelaki muda, khususnya yang menjalin hubungan seks sesama jenis.

    United Kingdom mula mengesan wabak itu awal bulan ini dan kini mencatat jumlah jangkitan terbesar sekitar 71 kes, disusuli Sepanyol 59 kes, Portugal (27), Kanada (15) dan AS pula sembilan kes.

    Gambar yang diambil pada tahun 1997 menunjukkan jangkitan cacar monyet di Congo. – AFP

    Jumlah kes keseluruhan setakat semalam telah meningkat lima kali ganda sejak mula dikira pada 20 Mei lalu, apabila agensi EU hanya mencatat 38 kes pada waktu itu.

    ECDC pada awal minggu ini memaklumkan risiko jangkitan wabak itu adalah amat rendah, namun memberi amaran individu yang menjalin hubungan seks dengan ramai pasangan tanpa mengira orientasi seksual adalah lebih berisiko.

    “Menurut simptom klinikal, ia pada amnya digambarkan bersifat ringan,” katanya, menambah bahawa tidak ada kematian dicatatkan setakat ini.

    Cacar monyet, wabak yang kurang serius berbanding cacar (small pox), dikategorikan sebagai endemik di 11 negara di Barat dan Afrika Tengah.

    Ia menular menerusi kontak langsung atau dari gigitan dengan darah haiwan yang terjangkit, daging atau cecair badan, manakala simptom awal termasuk demam panas sebelum muncul ruam. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...