Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Zaniolo wira Roma, juarai Liga Persidangan

    TIRANA, 26 MEI – Nicolo Zaniolo memenangi Roma trofi utama Eropah pertama mereka kelmarin dengan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Feyenoord dalam perlawanan akhir Liga Persidangan Europa.

    Pemain antarabangsa Itali, Zaniolo menjaringkan gol dengan penyudah yang diambil dengan baik pada minit ke-32 untuk mendapatkan Roma trofi pertama mereka sejak 2008 dan menamatkan musim pertama yang berjaya bagi jurulatih Jose Mourinho di Rom.

    “Ia adalah satu perlawanan yang sangat sengit tetapi saya sangat gembira,” kata Zaniolo kepada Sky.

    “Ia adalah impian saya dan sekarang saya telah berjaya melakukannya,” tambahnya.

    Feyenoord mempunyai banyak peluang untuk meletakkan mereka di hadapan sepanjang minit perlawanan namun malangnya nasib memihak kepada pasukan Mourinho.

    Seramai lebih 50,000 peminat memenuhi Stadio Olimpico di ibu negara Itali itu untuk menyaksikan pasukan mereka mencipta sejarah di Albania.

    Sementara itu, satu ruangan kecil penyokong yang dibenarkan masuk ke Stadium Nasional Tirana bersorak gembira sebaik pengadil perlawanan, Istvan Kovacs meniup wisel untuk menamatkan kemarau trofi pasukan mereka.

    Bagi juara Eropah 1970, Feyenoord, ia adalah kekalahan pertama mereka dalam perlawanan akhir Eropah serta kekalahan pertama dalam pertandingan untuk pasukan Arne Slot. – AFP

    Reaksi pemain Roma meraikan trofi selepas memenangi perlawanan bola sepak akhir Liga Persidangan Europa kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...