Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Lebih 40,000 pelajar sekolah Arab, agama kembali ke sekolah

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan JPI

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Seramai 42,841 orang pelajar iaitu 5,656 pelajar dari sekolah Arab dan 37,185 murid sekolah agama mula mengikuti pembelajaran secara bersemuka kelmarin.

    Ia termasuk semua peringkat iaitu pelajar-pelajar atau murid berumur tujuh hingga 12 tahun tanpa mengira status vaksinasi mereka yang mengikuti pembelajaran di peringkat rendah dari Tahun 5 hingga Pra U2 bagi sekolah-sekolah Arab dan dari Darjah Pra hingga Darjah 6 bagi sekolah-sekolah agama.

    Timbalan Menteri Hal Eh-wal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar turut mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah Arab dan agama bagi menyaksikan dan memastikan kelancaran prosedur operasi standard (SOP) dan juga sistem norma baharu sesi pembelajaran sekolah.

    Pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka bagi pelajar-pelajar dan murid di sekolah-sekolah Arab dan agama seluruh negara adalah bertepatan dan permulaan penggal kedua persekolahan bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Menurut kenyataan KHEU, Jabatan Pengajian Islam (JPI) telah menyediakan pendekatan pengubahsuaian keseluruhan sekolah (Whole School Modification Approach) dan garis panduan serta langkah-langkah yang komprehensif bagi sekolah-sekolah melaksanakan pembukaan semula sesi persekolahan.

    Ini termasuk ujian pantas antigen (ART) dilaksanakan di sekolah, pemeriksaan suhu badan semasa kehadiran para pelajar, menyediakan bilik pengasingan, bilik pendekatan ruang sakit, memantau pelajar-pelajar atau murid agar sentiasa memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal atau sosial sepanjang keberadaan mereka di sekolah dan pelaksanaan program kembali semula ke sekolah.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom turut meninjau kantin salah sebuah sekolah yang dilawati.
    Murid-murid berusia tujuh hingga 12 tahun tanpa mengira status vaksinasi memulakan pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...