Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Lebih 71 juta miskin sebab harga naik

    AMERIKA SYARIKAT, 7 JULAI – Harga makanan dan bekalan tenaga seluruh dunia yang melambung naik telah mendorong sebanyak 71 juta orang jatuh miskin di negara-negara termiskin dunia, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), hari ini.

    Peningkatan kadar kemiskinan di negara-negara membangun di seluruh dunia sejak tiga bulan kebelakangan ini berlaku dengan pantas berbanding ketika seluruh dunia dikejutkan oleh wabak COVID,” menurut UNDP semasa siaran akhbar, menyalahkan punca kenaikan harga adalah dari peperangan yang berlaku di Ukraine.

    Dalam menangani isu tersebut, UNDP berkata pengagihan wang kepada keluarga-keluarga adalah lebih adil dan efektif berbanding mengurangkan subsidi bekalan tenaga, namun agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menambah bahawa kerajaan akan memerlukan sokongan daripada sistem multilateral untuk memenuhi keperluan. Sementara itu, dalam laporan yang dikeluarkan UNDP juga menekankan ketika bank-bank pusat menaikkan kadar faedah bagi membendung inflasi, terdapat risiko yang boleh menyebabkan kemiskinan menjadi semakin teruk kerana berlakunya kemerosotan dalam ekonomi, mempercepatkan lagi kemiskinan dengan lebih mendalam di seluruh dunia.

    Selain itu, laporan yang menyelidik 159 buah negara, telah mendapati negara dengan situasi kritikal adalah di Balkans, rantau Laut Caspian dan sub Sahara Afrika, terutamanya di Sahel. – AFP

    Gambar fail menunjukkan rakyat Afghanistan semasa menerima bantuan di kem selepas berlaku gempa bumi di Gayan, wilayah Paktika, Afghanistan, 26 Jun 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...