Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Legenda Liverpool, Ron Yeats meninggal dunia

    LONDON, 8 SEPT – Bekas kapten pasukan Liverpool, Ron Yeats, yang mengetuai kelab itu meraih Piala FA pertama serta dua gelaran juara liga utama, meninggal dunia pada usia 86 tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, kelmarin.

    Bekas pertahanan Scotland itu merupakan sebahagian daripada pasukan Liverpool yang menjuarai Divisyen Kedua di bawah kendalian Bill Shankly pada tahun 1962. Dia kemudian membantu kelab merangkul dua gelaran Divisyen Pertama, Piala FA pada tahun 1965, serta tiga kali memenangi Charity Shield.

    Yeats yang menghidapi penyakit Alzheimer dalam beberapa tahun terakhir hidupnya, turut dikenang sebagai seorang legenda dalam sejarah kelab.

    “Liverpool FC meratapi pemergian bekas kapten legenda, Ron Yeats,” menurut kenyataan kelab tersebut.

    “Dalam kata-kata Bill Shankly, dia merupakan ‘gergasi’ dalam sejarah kelab. Kami menyampaikan takziah kepada isteri Ron, Ann, semua ahli keluarganya dan rakan-rakannya dalam saat yang amat sedih ini.”

    Yeats, telah ditandatangani dari Dundee United pada Julai 1961 oleh Shankly. Ketika memperkenalkan Yeats kepada wartawan, Shankly mengajak mereka untuk ‘berjalan mengelilinginya, kerana memiliki ketinggian 6 kaki 2 inci dan dia digambarkan sebagai seorang ‘gergasi’. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda