Thursday, May 2, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lelaki, kanak-kanak dua tahun maut ditembak

    TUSCALOOSA, ALABAMA, 15 MAC – Seorang remaja telah didakwa membunuh dalam satu tembakan pandu lalu di Tuscaloosa, Alabama, yang menyebabkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut, kata pihak berkuasa kelmarin.

    AL.com melaporkan bahawa Tyrese Laquon Bell, 19, yang dikenali sebagai ‘Red’, didakwa membunuh dalam kejadian tembakan Ahad lalu yang meragut nyawa Marcus Winston Jr., 25 dan Ashton Jones, 2, yang tidak berkaitan dengan Winston.

    Winston meninggal dunia di tempat kejadian dan kanak-kanak itu meninggal dunia kemudian di hospital.

    Bell telah ditangkap kelmarin dan akan ditahan di penjara daerah Tuscaloosa dengan bon berjumlah AS$3 juta.

    Pihak berkuasa berkata, tembakan berlaku kira-kira 4:30 petang waktu tempatan Ahad lalu di blok 3000 19th Street. Penyiasat berkata, sebuah kenderaan putih empat pintu yang diduduki oleh beberapa orang memandu di tepi sebuah kediaman di sebelah taman dan melepaskan tembakan dengan senjata api panjang. Saksi mengenal pasti kenderaan itu sebagai kereta dan kenderaan utiliti sukan kecil dengan beberapa orang di dalamnya, kata Kennedy.

    Polis sedang mencari tiga orang yang mungkin hadir dalam pembunuhan itu, kata Kapten Jack Kennedy dari Pejabat Syerif Daerah Tuscaloosa. Pada masa itu, tiada pertuduhan telah difailkan dan ketiga-tiga mereka mungkin atau mungkin tidak disyaki, katanya pada sidang akhbar. Dua lagi – seorang lelaki dan seorang perempuan – telah ditemui. Pihak berkuasa tidak mengumumkan sebarang pertuduhan terhadap mereka dan tidak mengeluarkan motif yang mungkin. – AP

    Seorang lelaki berusia 25 tahun dan kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam tembakan pandu lalu di Tuscaloosa, Alabama Ahad lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...