Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Vietnam sambung pengecualian visa bagi 13 buah negara

    HANOI, 15 MAC – Kerajaan Vietnam hari ini bersetuju untuk menyambung kembali dasar pengecualian visanya bagi rakyat dari 13 buah negara ketika Vietnam cuba membuka semula pelancongan antarabangsa selepas dua tahun penutupan.

    Negara-negara berkenaan termasuk Jerman, Perancis Itali, Sepanyol, Britain, Rusia, Jepun, Korea Selatan, Denmark, Sweden, Norway, Finland dan Belarus, menurut satu resolusi bertarikh hari ini.

    Rakyat negara-negara yang disebutkan itu akan boleh membuat perjalanan tanpa visa selama 15 hari ke Vietnam bermula tarikh kemasukan tanpa mengira jenis pasport dan tujuan kemasukan, dengan mematuhi semua syarat yang digariskan oleh undang-udang Vietnam.

    Resolusi itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun sehingga 14 Mac 2025 dengan pembaharuan semula akan dinilai oleh pihak berkuasa berkaitan menurut undang-undang. – Xinhua

    Seorang penumpang berjalan di dewan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi kelmarin, ketika Vietnam mengumumkan penyambungan dasar pengecualian visa bagi 13 buah negara. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...