Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Lelaki temui batu mengandungi emas bernilai AS$240,000

    VICTORIA, 28 MAC – Seorang lelaki berjaya menemui batu yang mengandungi 2.6 kilogram (kg) emas, bernilai A$240,000 di Australia.

    Pencari emas amatur itu, yang tidak mahu dikenali menurut media tempatan, menemui batu seberat 4.6kg itu di Golden Triangle Victoria.

    Lelaki itu dilaporkan menggunakan pengesan logam Minelab Equinox 800, model bajet yang dijual pada harga kira-kira A$1,200, ketika dia membuat penemuan itu.

    Golden Triangle Victoria ialah kawasan yang terbentang dari Ballarat ke Bendigo dan sehingga ke St Arnaud, serta terkenal dengan penemuan emas sejak tahun 1800an.

    Lelaki itu membawa batu itu kepada peniaga emas, Darren Kamp, seorang peniaga peralatan jurugali di Victoria, untuk dinilai.

    Pencari emas amatur, yang tidak mahu dikenali, menemui batu seberat 4.6 kilogram di Golden Triangle Victoria, Australia. – ANN/The Straits Times

    Kamp, yang telah menceburi industri emas selama 43 tahun, berkata batu itu adalah spesimen emas terbesar yang pernah dilihatnya.

    “Dia berkata, adakah awda fikir ada nilai A$10,000?’ dan sebaik sahaja ia terkena tangan saya, saya berkata, mungkin A$100,000’,” kata Kamp kepada rangkaian berita TV Australia 9News.

    Selepas menilai batu itu, Kamp membelinya. “Saya terkejut, ia merupakan penemuan sekali seumur hidup,” kata Kamp dalam laporan BBC.

    BBC berkata Australia dianggarkan mempunyai rizab emas terbesar di dunia, dengan banyak nuget emas terbesar dunia ditemui di negara itu.

    Pada tahun 1869, ketulan emas seberat 72 kilogram ditemui berhampiran Moliagul di Victoria. – ANN/The Straits Times

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...