Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki warga Malaysia nafi tuduhan cabul kehormatan

    Oleh Nour Maghfirah –


    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Seorang lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun, Chai Chun Liang, mengaku tidak bersalah di mahkamah kelmarin atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dan melakukan jenayah pencerobohan.

    Defendan, didakwa atas dua kesalahan yang dilakukan pada 30 Ogos lalu, di Kiulap.

    Pegawai Pendakwa Abdul Hanan bin Haji Erwan mendakwa bahawa pada kira-kira jam 8:30 pagi, Chai menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa di dalam lif, dengan niat untuk mencabul kehormatannya. Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

    Selain pertuduhan pertama, Chai menghadapi pertuduhan kedua iaitu jenayah pencerobohan. Didakwa kira-kira jam 9 pagi pada hari yang sama, Chai memasuki bilik pejabat di Kiulap dengan niat untuk mengganggu mangsa yang sama. Pertuduhan itu membawa hukuman penjara setahun dan denda.

    Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni menetapkan tarikh sebutan seterusnya pada 24 September untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda