Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Letupan kuat gegarkan Kyiv

    KYIV, 15 MAC – Satu siri letupan kuat menggegarkan daerah kediaman Kyiv hari ini mengorbankan dua orang, hanya beberapa jam sebelum rundingan antara Ukraine dan Rusia dijangka disambung semula.

    Lapangan terbang di bandar timur Dnipro juga mengalami pengeboman hebat semalaman, ketika pemimpin Poland, Republik Czech dan Slovenia membuat perjalanan ke ibu kota Kyiv yang dikepung sebagai tanda sokongan Kesatuan Eropah (EU) untuk Ukraine.

    Hampir tiga minggu selepas pencerobohan Rusia ke atas jirannya yang pro-Barat, jumlah korban konflik maut itu semakin meningkat, dengan lebih tiga juta terpaksa melarikan diri ke negara jiran.

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata hari ini bahawa hampir 1.4 juta kanak-kanak telah melarikan diri dari Ukraine sejak konflik bermula pada 24 Februari lalu – hampir seorang kanak-kanak sesaat.

    Ibu negara Ukraine telah berubah menjadi zon perang, dengan blok pangsapuri rosak teruk akibat pengeboman Rusia dan separuh daripada 3.5 juta penduduk di bandar itu kini hilang.

    Datuk bandar Kyiv, Vitali Klitschko hari ini berkata perintah berkurung 35 jam akan berkuat kuasa mulai 8 malam hari ini waktu tempatan selepas serangan semalaman di ibu negara.

    “Hari ini adalah saat yang sukar dan berbahaya,” kata Klitschko.

    “Inilah sebabnya saya meminta semua warga Kyiv bersiap sedia untuk tinggal di rumah selama dua hari, atau jika siren berbunyi, di tempat perlindungan,” tambahnya.

    Empat letupan besar kedengaran dari pusat ibu negara hari ini, melepaskan asap tinggi ke langit. – AFP

    Anggota bomba mengeluarkan mayat seorang wanita keluar dari bangunan pangsapuri yang musnah akibat letupan di Kyiv hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...