Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Nuggets bangkit benam Sixers

    LOS ANGELES, 15 MAC – Nikola Jokic berjaya dalam saingannya dengan pengganti berpotensi MVP Joel Embiid ketika Denver Nuggets bangkit untuk meraih kemenangan 114-110 ke atas Philadelphia 76ers semalam.

    Pertarungan yang amat dinanti-nantikan di antara juara bertahan MVP Jokic dan Embiid – dilihat sebagai calon yang disebut-sebut akan memenangi gelaran tahun ini – tidak mengecewakan.

    Bintang Serbia, Jokic mengakhiri perlawanan dengan 22 mata, 13 rebound dan lapan assist ketika Denver menamatkan kekalahan dua perlawanan mereka untuk mencatat keputusan 41-28.

    Embiid mendahului jaringan bagi Philadelphia dengan 34 mata sementara James Harden menambah 24 mata.

    Denver mengekalkan kedudukan keenam mereka dalam saingan Western Conference – yang terakhir dalam kedudukan playoff automatik.

    Aksi Nikola Jokic dari Denver Nuggets cuba melepaskan diri daripada kawalan Joel Embiid semasa separuh masa pertama pertemuan Denver menentang The Sixers, kelmarin.- AP

    Jokic dibantu oleh 21 mata daripada Bones Hyland manakala Will Barton menyumbang 20 mata.

    Kemenangan Denver nampaknya satu keputusan yang mustahil selepas Sixers menjaringkan mata tanpa henti-henti pada suku pertama, mendahului 15 mata sebelum tempoh masa kedua.

    The Sixers melonjak kepada 19 mata pada satu peringkat dalam suku kedua sebelum Barton (10 mata) dan Jokic (tujuh) membantu mengurangkan jurang defisit kepada lima mata pada masa rehat.

    Hyland seterusnya bangkit untuk menjaring 12 daripada 31 matanya dalam suku akhir – kesemuanya daripada jarak ‘three point’ – apabila Denvers menewaskan Sixers 33-22 untuk mengesahkan kemenangan.

    Sementara itu, Jokic memberikan persembahan mengagumkan lewat suku keempat, melakukan lompatan luar biasa untuk membenam Nuggets 112-108 dengan masa berbaki 1 minit 32 saat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...