Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Letusan gunung jejas ribuan rumah

    JAKARTA, 24 APRIL – Sebanyak 3,614 rumah rosak akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro di wilayah Sulawesi Utara minggu lepas, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.
     
    Jurucakapnya, Abdul Muhari berkata bilangan penduduk yang dipindahkan dari dua kampung di pulau itu telah berkurangan kepada 3,582 orang daripada jumlah sebelum ini 6,045 mangsa pada Isnin.
     
    “Sebanyak 834 penduduk tidak boleh kembali kerana rumah mereka di sekitar Gunung Ruang rosak teruk dan penduduk di Tagulandang kekal dalam zon pemindahan,” katanya dalam kenyataan.
     
    Pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk dan pelancong berhampiran kawasan itu agar berhati-hati dan mengelak berada dalam radius empat kilometer dari pusat kawah aktif.
     
    Isnin lalu, status gunung berapi itu diturunkan ke Tahap III daripada Tahap IV oleh Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bahaya Geologi (PVMBG) negara itu. – Bernama
     
    Seorang wanita menyapu sisa letusan Gunung Ruang yang jatuh melalui bumbung di pulau Tagulandang, Indonesia pada 19 April. Seramai 834 penduduk tidak dapat kembali ke rumah mereka yang rosak teruk, menurut laporan BNPB pada 24 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...