Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leverkusen julang Piala Super Jerman

    LEVERKUSEN, 18 OGOS – Bayer Leverkusen yang bermain dengan 10 pemain berjaya menewaskan Stuttgart 4-3 menerusi penentuan penalti dalam pembukaan musim Piala Super Jerman kelmarin, sekali gus memenangi trofi itu buat kali pertama.

    Gol minit ke-11 Victor Boniface ditebus balik empat minit kemudian apabila Enzo Millot dari Stuttgart menyamakan kedudukan.

    Leverkusen yang kemudiannya bermain dengan 10 pemain sejurus sebelum separuh masa pertama apabila Martin Terrier dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran berbahaya.

    Deniz Undav meletakkan Stuttgart di hadapan pada separuh masa kedua tetapi Patrik Schick menjaringkan gol ketika berbaki dua minit untuk menyamakan kedudukan bagi Leverkusen dan mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

    Pemain pinjaman Bayern Munich, Frans Kraetzig dan Silas Mvumpa terlepas peluang apabila sepakan penalti mereka tersasar manakala Leverkusen berjaya menyempurnakan kesemua sepakan penalti.

    “Apa yang kami lakukan dalam 10 atau 15 minit terakhir, dengan kekurangan seorang pemain untuk menjaringkan gol penyamaan, ia sukar dipercayai,” kata jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso selepas perlawanan, memuji semangat pasukannya.

    “Saya gembira dengan perlawanan awal musim ini di mana kami telah kembali bersemangat,” ujarnya lagi.

    Pembuka tirai musim, yang meletakkan juara Bundesliga menentang pemenang Piala atau naib juara liga, adalah yang pertama tidak menampilkan sama ada Bayern Munich atau Borussia Dortmund sejak 1993. – AFP

    Reaksi para pemain Leverkusen semasa menjulang trofi selepas memenangi penentuan sepakan penalti perlawanan bola sepak di Leverkusen, barat Jerman pada 17 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda