Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam rai 133 pelajar Tahun 11 dan 10 Express

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Seramai 133 orang pelajar Tahun 11 dan 10 Express Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SM PAPHM) diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta khatam ialah Ketua Bahagian Kaunseling di Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Abdul Ghafor.

    Turut hadir ialah Pengetua Sekolah, Hajah Adinawati binti Haji Sarwadi serta ibu bapa dan juga penjaga peserta khatam yang diraikan.

    Majlis tersebut diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pembacaan 30 juzuk Al-Quran dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan GCE dan IGCSE Peringkat O tahun ini.

    Di majlis itu, ibu bapa dan penjaga pelajar turut merenjis minyak wangi kepada peserta khatam dan majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Haji Mohd Azmi bin Haji Redzuan.

    Haji Ali Yusri menyampaikan sijil kepada peserta khatam semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SM PAPHM
    Haji Ali Yusri dan para peserta khatam bergambar ramai semasa majlis tersebut.- GAMBAR SERAHAN SM PAPHM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda