Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Majlis kongsi kenangan manis

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR/BELAIT, 27 OKT – Lebih 30 bekas pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) SQ2/1972 telah mengadakan perjumpaan semula sejak memulakan tugas mereka lebih dari 50 tahun lalu dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

    Majlis yang diadakan di Restoran Pondok Indah di Kampung Katimahar itu memberikan peluang kepada bekas pegawai bertukar-tukar berita terbaharu sejak kali terakhir mereka bertemu. Selain itu, bekas pegawai juga berkongsi kenangan yang dialami semasa bertugas serta masa yang diluangkan bersama.

    Sementara itu, seramai 80 guru pesara telah menghadiri Majlis Perjumpaan Semula Pesara Guru bertempat di Hotel Jeruton, Jerudong, baru-baru ini.

    Majlis diadakan bertujuan memberi peluang kepada mantan guru-guru bersua semula selain mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Majlis diserikan dengan acara memotong kek sempena Hari Guru ke-32, manakala seramai 10 guru pesara menerima hadiah cabutan nama.

    Di samping itu, pesara guru juga telah menyumbangkan derma kepada anak-anak yatim di beberapa buah sekolah saudara baharu di Daerah Temburong dan sebuah keluarga yang memerlukan di Kampung Sungai Lampai, Daerah Brunei dan Muara.

    Antara bekas pegawai PPDB bergambar semasa majlis yang berlangsung di Restoran Pondok Indah di Kampung Katimahar. – Gambar serahan Ex-SQ2/1972 Group
    Majlis diserikan dengan acara memotong kek oleh pesara guru pada majlis bertempat di Hotel Jeruton, Jerudong, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...