Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis undi calon ketua kampung Mukim Gadong

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua-ketua Kampung Kawasan 2, Kawasan 5 dan Kawasan 6 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Rimba, Mukim Gadong A telah diadakan hari ini di Dewan Serba guna, Sekolah Menengah Rimba II.

    Hadir melancarkan pembukaan majlis itu ialah wakil daerah Zon 1, Ketua Kampung Lumapas B, Awang Mohamad Ali bin Tanjong.

    Calon bagi Kawasan 2, RPN Rimba, Haji Muhammad Nur Ihsan bin Haji Mat Jali mendapat 120 undi, manakala calon bagi Kawasan 5, RPN Rimba, Awang Mohd Baddruzaman bin Awang Norzaman mendapat 30 undi, sementara calon bagi Kawasan 6, RPN Rimba, Awang Joefry bin Haji Mohammad Yassin mendapat 88 undi.

    Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim dalam ucapan alu-aluannya antara lain telah menggariskan peranan ketua kampung selaku perantara dua hala antara pihak kerajaan serta anak buah kampung bagi menjaga dan mengawasi kepentingan dan keselamatan kampung di bawah jagaannya.

    Di samping itu, beliau menekankan mengenai sikap bertanggungjawab ketua kampung dalam memelihara dan mengekalkan persefahaman, perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

    Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak juga menekankan kepada ketua-ketua kampung agar menghidupkan kembali semangat bermucang-mucang supaya ianya tidak luput ditelan zaman.

    ATAS & BAWAH : Salah seorang penduduk kampung semasa memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi di majlis itu. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Mereka yang layak mengundi mendengarkan penerangan ringkas sebelum proses pengundian. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda