Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Lamunin, Jalan Lamunin dan Jambatan Sungai Matasan, Jalan Kecil Batang Mitus pada 9 September hingga 11 September bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 5 petang.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan aspal di jambatan-jambatan berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat dalam penutupan sementara berkenaan. – GAMBAR DARIPADA NOTIS SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda