Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia dianugerahkan tanah oleh kerajaan Timor-Leste

    KUALA LUMPUR, 30 OGOS – Malaysia dianugerahkan tanah seluas 0.6 hektar oleh kerajaan Timor-Leste sebagai simbolik memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata tanah itu boleh dimanfaatkan untuk pembinaan Kedutaan Malaysia serta pelbagai kegunaan untuk rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan.

    Beliau yang dalam rangka lawatan rasmi ke Timor-Leste selama tiga hari bermula Rabu lepas berkata pada lawatan itu, beliau bertemu dengan Presiden Jose Ramos-Horta, Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmao dan beberapa pemimpin lain.

    Beliau berkata pertemuan itu memberikan peluang kepada Malaysia dan Timor-Leste mengembangkan potensi kerja-sama dan meneroka bidang baharu yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

    “Beberapa pertemuan dan perbincangan telah dilakukan berkisar kepada usaha memperkasa hubungan dua hala termasuk tumpuan kepada sektor-sektor tertentu seperti pembangunan desa, perumahan, industri halal, pemerkasaan sektor pelancongan yang semakin berkembang, serta usaha Timor-Leste untuk menjadi anggota baharu di dalam ASEAN,” katanya.

    Ahmad Zahid yang mengakhiri lawatan rasmi hari ini berkata, usaha meningkatkan perdagangan dua hala turut dilakukan dan beliau mencadangkan supaya TradeInvest Timor-Leste dilaksanakan untuk menjalankan misi perdagangan dan pelaburan ke Malaysia bagi meneroka pelbagai peluang pelaburan yang berpotensi untuk manfaat kedua-dua negara. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda