Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Mane bawa Senegal ke final AFCON

    YAOUNDE, CAMEROON, 3 FEB – Sadio Mane mencipta satu peluang gol dan menjaringkan gol terakhir ketika Senegal menewaskan Burkina Faso 3-1 kelmarin untuk mara ke final Piala Negara-Negara Afrika kali kedua berturut-turut.

    Kini, Senegal berharap akhirnya memenangi gelaran.

    Mane menjaringkan gol pada minit ke-87 untuk memastikan kemenangan di stadium Ahmadou Ahidjo di Yaounde selepas Senegal mendahului 2-0 dan kemudian menyaksikan Burkina Faso merapatkan kedudukan ketika perlawanan berbaki lapan minit.

    Senegal akan bermain untuk kejuaraan Afrika menentang sama ada Mesir atau pasukan tuan rumah kejohanan, Cameroon, yang akan bertemu di separuh akhir kedua hari ini.

    Perlawanan antara Senegal dan Burkina Faso semakin hangat pada penghujung permainan, dengan keempat-empat gol dijaringkan dalam 20 minit terakhir.

    Pemain pertahanan, Abdou Diallo menjaringkan gol dari tendangan sudut untuk memberikan Senegal mendahului pada minit ke-70 selepas pemain pertahanan tengah, Kalidou Koulibaly menghantar bola ke arah gawang.

    Bamba Dieng menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-76 apabila Mane bijak memintas penguasaan bola dari Burkina Faso di garisan tepi dan meletakkan hantaran silang untuk Dieng, yang menjaringkan gol dari jarak dekat.

    Blati Toure kemudian memberi harapan kepada Burkina Faso apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-82.

    Namun Mane mengambil peluang untuk melakukan serangan balas apabila dia melepasi pertahanan pasukan Burkina Faso dan merembat bola ke atas penjaga gol, Farid Ouedraogo. – AP

    Reaksi Sadio Mane meraikan gol setelah menyumbat gol ketiga pasukan dalam perlawanan antara Senegal dan Burkina Faso kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wakil rakyat India didakwa berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik

    NEW DELHI, 3 MEI - Seorang Ahli Parlimen India yang didakwa melakukan penderaan seksual dan merakam video mangsanya berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik. Prajwal...