Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Majlis khatam rai 94 bakal graduan UTB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Seramai 94 bakal graduan Universiti Teknologi Brunei (UTB) terdiri dari 24 lelaki dan 70 perempuan diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran sempena Majlis Konvokesyen UTB 2021, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Masjid Universiti, Tungku Link, Gadong itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Naib Can-selor UTB, Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pendidikan serta warga UTB.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Penolong Naib Canselor (Industri dan Perkhidmatan) UTB, Dr Mohamad Saiful bin Haji Omar diikuti dengan bacaan Surah Ad-Duha sehingga Al-Masad yang dipimpin oleh Awang Mohammad Musa bin Haji Ibrahim, graduan jurusan Sains dalam Kejuruteraan Mekanikal.

    Seterusnya, majlis diserikan dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam Al-Quran oleh graduan Rangkaian Komputer dan Keselamatan, Awang Muhammad Fauzan bin Haji Salleh manakala itu, Dikir Marhaban dan Doa Selamat dibacakan oleh Imam Masjid Universiti, Awang Mohammad Amirul Rahmad bin Haji Mohammad.

    Majlis Khatam Al-Quran merupakan antara acara dalam meraikan bakal graduan setelah berjaya menamatkan pengajian mereka dan Majlis Konvokesyen UTB dijadualkan diadakan pada 12 Februari depan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.
    Antara graduan yang diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Universiti.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...