Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Marcos Jr dahului persaingan ganti Duterte

    MANILA, 3 MEI – Ferdinand Marcos Jr, bapanya seorang diktator yang mengetuai penjarahan dan penganiayaan hak asasi manusia yang berleluasa di Filipina, hampir memenangi jawatan presiden selepas usaha selama berdekad-dekad untuk membangkitkan semula jenama keluarga berkenaan.

    Tinjauan pengundi menunjukkan bahawa Marcos Jr, dikenali dengan nama gelaran ‘Bongbong’, mendahului ke arah kemenangan besar dalam pilihan raya 9 Mei, dirangsang oleh kempen media sosial yang pengkritik katakan cuba menulis semula

    sejarah. Dalam tempoh 36 tahun sejak pemberontakan popular yang menggulingkan bapanya yang mempunyai nama sama dan memburu keluarga berkenaan hingga menjadi orang buangan di AS, keluarga Marcos telah membuat kemunculan semula yang menakjubkan ke pentas politik.

    Marcos Jr, 64, telah membawanya lebih jauh, kalah kecil dalam persaingan naib presiden kepada Leni Robredo pada pilihan raya 2016 yang menolak Rodrigo Duterte ke jawatan tertinggi negara itu.

    Kini, Marcos Jr adalah calon kegemaran untuk menggantikan Duterter, dengan Robredo sekali lagi menjadi pesaing utamanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...