Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Marcos Jr pertahankan hak maritim di LCS

    MANILA, 26 MEI – Presiden baharu Filipina, Ferdinand Marcos Jr, menegaskan akan mempertahankan dan akur kepada keputusan Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) berhubung pertikaian membabitkan China di Laut China Selatan (LCS).

    Beliau tidak akan membiarkan China menidakkan hak maritim Manila dan sedia bertindak jika perlu.

    “Keputusan mahkamah antarabangsa yang sangat penting memihak kepada kami dan kami akan menggunakannya untuk terus menegakkan hak wilayah kami. Ini bukan tuntutan, sebaliknya ia sudah menjadi hak wilayah kami,” kata Marcos Jr dalam temu bual bersama media tempatan.

    Pada 2016, PCA berpangkalan di The Hague mengisytiharkan tuntutan sejarah Beijing terhadap sebahagian besar Laut China Selatan tidak berasas. – AFP

    Marcos semasa meraikan kemenangan pilihan raya baru-baru ini. –AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...