Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Imran beri tempoh 6 hari untuk tarikh pilihan raya

    NEW DELHI, 26 MEI – Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan hari ini memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu setelah beliau membatalkan protesnya di Islamabad susulan pertempuran antara polis dan penyokongnya.

    Sebelum itu, kerajaan Pakistan meminta bantuan tentera untuk melindungi bangunan-bangunan penting yang terletak di zon selamat di Islamabad, lokasi penyokong Imran berkumpul.

    Ketua parti Tehreek-e-Insaf itu berkata beliau mahu mengelak konfrontasi dengan polis dan pasukan keselamatan.

    Imran berkata beliau akan kembali ke Islamabad jika kerajaan tidak mengumumkan tarikh pilihan raya baharu dalam tempoh enam hari.

    Beliau berkata lima pekerja parti terbunuh dalam keganasan di bandar Karachi dan dua lokasi lain pada Rabu. – Bernama

    Imran Khan (tengah) semasa menyertai bantahan menuntut pilihan raya diadakan dalam masa enam hari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...