Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marquez tawan GP San Marino

    MISANO ADRIATICO, 10 SEPT – Marc Marquez berkata bahawa hujan telah membantunya untuk memenangi Grand Prix (GP) San Marino pada Ahad lalu, manakala Francesco Bagnaia merapatkan jurang kedudukan kejuaraan keseluruhan dengan pendahulu Jorge Martin.

    Selepas tiga tahun tanpa kemenangan GP, Marquez memenangi perlumbaan buat kali kedua dalam tempoh beberapa minggu dengan menamatkan saingan di hadapan Bagnaia yang menyambar petak hadapan selepas bermula dari kedudukan kesembilan.

    Penunggang Gresini gembira dengan hujan yang membasahi litar ‘Marco Simoncelli’ di Misano Adriatico untuk menukar tayarnya dan membolehkannya melonjak ke jarak 53 mata di belakang Martin yang melakukan percaturan silap.

    “Apabila hujan mula turun sedikit ketika itulah saya memutuskan untuk beraksi atau mengambil lebih banyak risiko. Dalam satu pusingan saya melepasi lima pelumba dan saya dapat mendahului perlumbaan,” kata Marquez kepada pemberita.

    Marquez menambah bahawa dia ‘memutuskan untuk mengikut jejaka tempatan’ iaitu Bagnaia dan tidak perlu menukar tayarnya.

    “Bagnaia memutuskan untuk tidak keluar, jadi mereka lebih tahu daripada saya,” kata Marquez.

    Martin mengakui dia melakukan kesilapan besar apabila dia bertanding dengan baki 20 pusingan untuk menukar motosikalnya dengan harapan dia akan lebih baik daripadanya di trek basah.

    Namun Martin menjadi satu-satunya pencabar gelaran yang melakukan tindakan berkenaan dan hujan, yang diramalkan turun dengan lebat pada sebelah petang, reda hampir serta-merta selepas dia keluar dari pit.

    Pemain berusia 26 tahun itu kemudian beraksi semula untuk kembali menaiki motosikal pertamanya, sekali gus meletakkan pelumba Pramac itu berada di luar kelompok 15 terbaik. – AFP

    Aksi Marc Marquez menunggang semasa perlumbaan MotoGP San Marino di Litar Dunia Misano Marco-Simoncelli pada 8 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda