Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Mayat mangsa pembunuhan Thailand sedia disemadikan

    UTHAI SAWAN, 10 OKT – Relau sementara diperbuat daripada batu-bata dibina hari ini di tapak kuil-kuil Buddha di sebuah bandar kecil di timur laut Thailand menjelang pembakaran mayat mangsa cilik yang dibunuh secara beramai-ramai minggu lalu di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak oleh bekas anggota polis.

    Serangan kejam dengan pistol dan pisau pada Khamis lalu di Pusat Pembangunan Kanak-kanak di Uthai Sawan mengorbankan 36 orang, termasuk 24 kanak-kanak.

    Ia merupakan pembunuhan beramai-ramai terbesar oleh seorang individu dalam sejarah negara itu.

    Phra Kru Adisal Kijjanuwat, ketua kuil Rat Samakee, kira-kira 3 kilometer dari tapak pertumpahan darah itu mengatakan 19 mangsa akan dibakar dalam majlis perkumpulan pada Selasa, membawa kepada penamatan majlis berkabung selama tiga hari bagi keluarga mereka. Menurutnya, mayat-mayat akan dibakar pada masa sama di atas relau terbuka menggunakan arang batu bagi memastikan keluarga tidak menunggu lama.

    “Kami hanya mempunyai sebuah relau di kuil dan kami tidak mahu sebarang keluarga menunggu bagi proses pembakaran yang panjang,” katanya.

    Sami itu menjelaskan relau-relau sementara dipasang berhampiran dua lagi kuil berhampiran bagi mangsa-mangsa yang lain.

    Menurutnya, lima buah keluarga memilih majlis pengebumian berasingan daripada kumpulan tersebut. – AP

    Penduduk tempatan membina relau pembakaran sementara bagi majlis pengebumian mangsa di kuil Wat Rat Samakee, Uthai Sawan, tidak jauh dari tempat kejadian pembunuhan beramai-ramai di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...