Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Sportage generasi baharu lebih maskulin

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Grand Motors Sdn Bhd telah mengadakan sesi pandu uji model ditransformasi menyeluruh dan kenderaan utiliti sukan (SUV), Kia Sportage serba baharu generasi ke-5 hari ini.

    Dengan transformasi yang selari dengan falsafah Opposites United, Sportage serba baharu ini  membuatkan SUV tersebut tampak eksklusif.

    Di bahagian depan Sportage, menyerupai K5 dengan lencana Kia baharu, ditambah dengan gril hitam Digital Tiger Face yang panjang dan diluaskan. Ruang antara gril dan lampu utama diselitkan lampu siang (DRL) yang berbentuk bumerang serta rekaan bampar depan kenderaan yang baharu.

    Kia Sportage menaik taraf sistem DRL yang hanya akan menyala apabila kereta bergerak dan tertutup apabila berhenti sepenuhnya.

    Bahagian sisi Sportage pula nampak kemas dengan garis badan minimum berbanding model sebelum ini.

    Kia Sportage generasi terbaharu tampil lebih tegap dan sarat dengan teknologi tinggi.
    Bahagian dalaman kenderaan yang kini lebih besar dan selesa dengan rekaan papan pemuka yang diperbaharui.

    Sementara itu, trim plastik juga ditambah pada bahagian tepi seperti pada pilar-C dan pintu.

    Menurut Grand Motors Sdn Bhd, mereka membawa masuk Kia Sportage dengan model standard, spesifikasi tinggi dan juga X-Line untuk dipasarkan.

    Rim Sportage diperbaharui juga lebih futuristik dengan rekaan yang sederhana.

    Bahagian belakang kenderaan pula mendapat penambahbaikan pada set lampu belakang LED horizontal.

    Set bampar belakang melengkapkan lagi karakter maskulin dan teknologi SUV tersebut.

    Sementara itu, dalaman kenderaan tersebut kini lebih luas dan selesa dengan rekaan papan pemuka yang diperbaharui. Manakala itu, kluster instrumen lebih besar dan melengkung berdasarkan konsep gabungan reka bentuk kluster instrumen dan unit infotainment turut dimuatkan.

    Ventilator penyaman udara direka untuk membantu menyerlahkan papan pemuka dengan reka bentuk kini tidak lagi bulat atau segi empat seperti model SUV lain di pasaran. Tombol tetapan suhu penyaman udara turut dilengkapkan pada konsol tengah.

    Kia Sportage baharu akan dilancarkan pada minggu ini, di Bilik Pameran Kia.

    Majlis pelancaran Kia baharu tersebut juga akan diselajurkan dengan pelancaran bilik pameran Kia baharu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...