Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meerqeen tolak babak buka baju

    Meerqeen, 23, menolak melakonkan adegan intim keterlaluan dalam drama bagi menjaga nama baik diri dan keluarga.

    Meerqeen atau nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, mengaku pernah menolak adegan buka baju kerana menganggap tiada keperluan babak itu dimasukkan dalam jalan cerita.

    “Saya ada keluarga. Mereka tonton karya saya. Jadi, keputusan paling baik adalah tolak adegan intim keterlaluan bagi menjaga nama baik mereka.

    “Kalau babak buka baju, terpulang. Kalau perlu, ia boleh dipertimbangkan. Tetapi, baru-baru ini, ada pengarah suruh saya buka baju. Saya cakap, tidak. Saya fikir tiada keperluan berbuat demikian untuk adegan dalam rumah.

    “Dalam rumah, saya pakai baju,” katanya kepada BH Online.

    Meerqeen menolak melakonkan adegan intim keterlaluan dalam drama bagi menjaga nama baik diri dan keluarga. – mStar

    Meerqeen yang popular dalam drama Melur Untuk Firdaus berkata, setiap pelakon ada prinsip tersendiri. Baginya, tindakan pelakon beragama Islam perlulah selari syariah.

    “Soal ini berbalik kepada prinsip kita. Islam adalah agama rasmi negara kita. Pelakon ada hak tolak jika enggan atau tidak selesa melakonkan babak intim keterlaluan.

    “Soal ini juga bergantung kepada jenis drama atau filem, pengarah dan keperluan babak dalam perjalanan cerita.

    “Kita tidaklah terima arahan sahaja. Kita perlu bincang secara terperinci mengenai keperluan babak. Namun, saya lihat, kebanyakan babak berunsur ‘soft porn’ dihasilkan melalui teknik atau sudut kamera.

    “Jadi, ini berbalik kepada kreativiti kita,” katanya.

    Meerqeen mengaku masih banyak ilmu perlu dicari sejak mula berlakon, kira-kira enam tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda