Oleh Daniel Lim
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Seramai 18 pemain Pasukan Bola Sepak Mengellela Veteran telah berlepas ke Melaka untuk menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa bersama pasukan bekas-bekas pemain Negeri Melaka.
Diadakan di Stadium Hang Jebat, perlawanan itu bertujuan untuk membantu mengeratkan hubungan antara kedua-dua pasukan antarabangsa di samping memberi peluang kepada pasukan untuk berkongsi ilmu dan minat terhadap sukan bola sepak.
Perlawanan itu berakhir dengan saingan yang sengit, apabila pasukan bekas-bekas pemain Negeri Melaka berjaya mendahului dengan satu mata, berkesudahan 4-3.
