Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Middlesbrough kejutkan Spurs, Man City mara

    LONDON, 2 MAC – Middlesbrough sekali lagi membuat kejutan pada kempen Piala FA apabila menewaskan Tottenham Hotspurs 1-0 selepas masa tambahan pada pusingan kelima Piala FA di Riverside, kelmarin manakala Manchester City mara ke suku akhir dengan kemenangan 2-1 ke atas Peterborough.

    Middlesbrough menyingkirkan Manchester United di Old Trafford pada pusingan keempat dan kelab Liga Kejuaraan itu sekali lagi melakar kemenangan untuk terus mengecewakan Spurs yang selama ini kemarau kejuaraan.

    Kali terakhir Tottenham menjulang trofi adalah pada Piala Liga 2008 dan kekalahan kepada Middlesborough mencetuskan persoalan mengenai masa depan pengendali Spurs, Antonio Conte.

    Pengendali dari Itali itu membimbing pasukan berkenaan sejak November tahun lalu tetapi sudah memberi bayangan dia mungkin akan meninggalkan kelab itu selepas mengalami empat kekalahan daripada enam aksi Liga Perdana.

    “Kami perlu berikan yang terbaik untuk baki musim ini dan kemudian melihat di mana kedudukan kami sebelum melakukan penilaian.

    Aksi pemain Tottenham Dejan Kulusevski (kiri) semasa perlawanan pusingan kelima Piala FA di antara Middlesbrough dan Tottenham di Stadium Riverside, Middlesbrough, England pada 1 Mac 2022. – AP

    “Masih terlalu awal untuk memperkatakan segala-galanya,” kata Conte.

    Pemain remaja, Josh Coburn yang masuk sebagai pemain gantian, menjaringkan satu-satunya gol pada perlawanan itu menerusi penyudah cantik untuk menewaskan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris minit ke-107.

    “Di antara kemenangan ke atas Manchester United dan perlawanan ini, kami tewas kepada Barnsley. Bola sepak kadang-kadang permainan yang tidak masuk akal.

    “Penyokong memberikan tenaga tambahan kepada kami untuk mempamerkan aksi terbaik, ” kata pengurus Boro, Chris Wilder.

    Sebelum itu, Oleksandr Zinchenko menerajui Manchester City sebagai kapten dalam kemenangan ke atas Peterborough hasil jaringan Riyad Mahrez dan Jack Grealish.

    Mahrez kini mengumpul 19 gol dalam 32 penampilan musim ini. Grealish kembali daripada kecederaan dengan meledak gol keempatnya untuk City hasil hantaran Phil Foden. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...