Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mimi Nazuwan bawa pulang hadiah pertama Beyblade

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara Beyblade Keputeraan setelah menewaskan Mohd Amirul Safwan bin Mohd Shatan daripada Pasukan SA Bladerz (SAB) dalam perlawanan akhir Beyblade X Special Event anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam yang diadakan di Teratak DBos, Mengkubau, sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama berupa Matrix 50L peti sejuk MD-50, hamper dan sijil digital.

    Manakala tempat ketiga disandang oleh Mainor Azizi bin Haji Maidin daripada Pasukan DBos Beys (DB) sementara tempat keempat dimenangi oleh Abdul MalikSofri bin Mohd Ariffin daripada Pasukan JB.

    Sementara itu, pemenang hadiah lapan teratas disandang oleh Mohammad Alim daripada Pasukan DB, Paridah daripada Pasukan Underground X (UGX), Julkarnain daripada Pasukan SAB dan Abdul Malik Sofri daripada Pasukan JB.

    Dalam perebutan Liga JB bagi tahun 2024/2025, Pasukan SAB terus mengungguli carta liga dengan memperoleh 69 mata diikuti Pasukan JB dengan 37 mata, Pasukan DB 32 mata dan Pasukan UGX memperoleh 26 mata.

    Pertandingan Beyblade Keputeraan tersebut diadakan bagi sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun.

    Para pemenang bergambar ramai semasa pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda