Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Minyak dari kapal cemari pantai Filipina

    MANILA, 2 MAC – Usaha pembersihan sedang dijalankan di pantai yang menghitam tengah pulau Filipina hari ini selepas tumpahan minyak dari sebuah kapal tangki yang karam, dihanyutkan ke darat, kata menteri alam sekitar negara itu, mencetuskan kebimbangan terhadap bahaya ekonomi dan alam sekitar.

    Tumpahan minyak di bandar Naujan di pulau Mindoro mencecah ke empat pantai majlis perbandaran dan seterusnya di pantai timur pulau itu sekitar tengah hari ini, dan kelihatan merebak lebih jauh ke selatan, kata Setiausaha Alam Sekitar, Maria Antonia Loyzaga dalam satu kenyataan.

    Ketika ia berlayar ke laut bergelora di lepas pantai Naujan pada Selasa, kapal Princess Empress karam bersama muatan bahan api industri sebanyak 800,000 liter.

    Sebuah lagi kapal menyelamatkan 20 anak kapal, tetapi Princess Empress mengalami kebocoran sebahagian kargonya dan menumpahkan bahan api diesel yang membekalkan kuasa kepada kapal itu, kata Pengawal Pantai Filipina.

    Kakitangan alam sekitar ‘kini menumpukan pada pembersihan pantai’, kata Loyzaga.

    Sementara itu, penyelam akan menilai akibatnya ke atas terumbu, bakau dan rumpai laut, kerana ‘kemungkinan pencemaran boleh menjejaskan daya maju sistem itu’. – AFP

    Seorang kakitangan Pengawal Pantai Filipina mengambil sampel air dan tumpahan minyak di Naujan, Mindoro pada 2 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...