Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Marseille tersingkir daripada Piala Perancis

    PARIS, 2 MAC – Marseille tersingkir daripada Piala Perancis kelmarin apabila pasukan pilihan kejohanan itu tewas 7-6 menerusi sepakan penalti di tempat sendiri kepada pasukan luar divisyen dua, Annecy selepas seri 2-2 di Velodrom.

    Marseille merupakan pasukan yang diidamkan untuk mara dan memenangi pertandingan selepas menewaskan Paris Saint-Germain pada pusingan sebelumnya, tetapi sebaliknya mereka tersingkir menentang pasukan yang tidak pernah mara ke suku akhir sebelum ini.

    Jordan Veretout meletakkan Marseille di hadapan pada separuh masa selepas membuka jaringan pada hari ulang tahunnya yang ke-30, tetapi Annecy menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua menerusi penyerang muda dari Ivory Coast, Moise Sahi.

    Pemain pertahanan Kevin Mouanga kemudian memberikan Annecy pendahuluan, dan pasukan tuan rumah mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila rembatan Alexis Sanchez diselamatkan menerusi sepakan penalti.

    Namun Marseille, pemenang Piala Perancis 10 kali, berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-96 apabila hantaran silang oleh pemain gantian remaja, Francois Regis Mughe mengegar gawang untuk menggembirakan penyokong tuan rumah.

    Itu bermakna penentuan kemenangan akan ditentukan menerusi sepakan penalti, tetapi Annecy, yang bermain di Ligue 2, menangi perlawanan apabila pemain Marseille, Leonardo Balerdi gagal menjaringkan gol.

    Annecy, yang merupakan kelab liga serantau sedekad lalu, kini menyertai tiga pasukan teratas dalam undian separuh akhir hari ini, dengan Lyon, Nantes dan Toulouse sudah pun mara.

    Penyandang Nantes kekal di landasan untuk mengekalkan trofi selepas menewaskan Lens 2-1 kelmarin dengan Andy Delort menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti untuk Canaries. – AFP

    Aksi Jordan Veretout (kanan) dan Gaby Jean semasa perlawanan bola sepak suku akhir Piala Perancis di stadium Velodrome di Marseille, selatan Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...