Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mira Filzah syukur dapat tahajud Masjidil Haram

    Pelakon Mira Filzah meluahkan rasa syukur apabila diberi kenikmatan menunaikan solat tahajud di Masjidil Haram di Makkah dalam keadaan tenang.

    Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, dia turut berterima kasih kepada suaminya iaitu Wan Emir Astar yang membantu menjaga anak lelaki mereka ketika dia pergi beribadah seorang diri.

    “Kami hanya ada satu malam sahaja di sini (Masjidil Haram). Emir sukarela nak menjaga anak dan saya dapat keluar ke masjid untuk menunaikan solat tahajud. Wallahi inilah pengalaman terbaik sepanjang hidup saya. Terima kasih sayang (Emir). Sekejap, tapi sangat bermakna lebih-lebih lagi berada di tempat yang paling diberkati di bumi,” katanya.

    Mira berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada malam Rabu. Dalam pada itu, Mira berkata, ibadah umrahnya kali ini agak mencabar kerana pertama kali hadir ke Tanah Suci bersama suami dan anak.

    “Pertama kali buat umrah sebagai seorang isteri dan ibu. Mencabar tetapi sangat cantik perjalanan umrah saya kali ini,” ujarnya.

    Untuk rekod, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Wan Khair Amir, yang kini berusia 2 tahun. – Agensi

    Mira bersyukur dapat melakukan ibadah umrah dengan tenang. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda