Wednesday, September 18, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mogok: Penumpang terkandas di lapangan terbang Kenya

    NAIROBI, 11 SEPT – Penumpang terkandas di lapangan terbang utama Kenya hari ini ketika kakitangan melancarkan mogok berhubung rancangan pengambilalihan oleh sebuah syarikat India.

    Tindakan mogok oleh Kesatuan Pekerja Penerbangan Kenya bermula pada tengah malam, menjejas penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta (JKIA) Nairobi.

    Barisan penumpang kelihatan di luar lapangan terbang hari ini, ada di antaranya duduk di atas bagasi mereka dan terdapat barisan kereta cuba mengakses kawasan itu, kata wartawan-wartawan AFP.

    Kesatuan itu berkata mogok itu akan berterusan sehingga kerajaan membatalkan rancangan untuk memajak lapangan terbang itu kepada Adani Group dari India selama 30 tahun sebagai pertukaran untuk pelaburan bernilai AS$1.85 bilion.

    “Mogok diteruskan dan semua syif telah digantung,” kata ketua kesatuan sekerja, Moses Ndiema kepada pekerja di lapangan terbang.

    “Adani mesti pergi, itu bukan pilihan,” katanya.

    Kenya Airways memberi amaran tentang kelewatan dan kemungkinan pembatalan penerbangan untuk penumpang yang berlepas dan tiba.

    Pengkritik berkata rancangan untuk memajakkan JKIA kepada Adani akan menyebabkan kehilangan pekerjaan untuk kakitangan tempatan dan merugikan pembayar cukai dalam keuntungan lapangan terbang pada masa hadapan. – AFP

    Penumpang menunggu di pintu yang ditutup di kawasan pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta (JKIA) di Nairobi pada 11 September, di tengah-tengah mogok oleh Kesatuan Pekerja Penerbangan Kenya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda